SELAMAT DATANG KE BLOG KUDIRAT SRI ARJUNA

Chaters BoX


ShoutMix chat widget

Sesi Latihan

>> Monday, May 31, 2010

Menjadi kebiasaan dalam apa-apa persatuan sekiranya ada persembahan atau pertandingan pasti akan ada latiha. Latihan akan membuatkan keyakinan lebih tinggi dalam membuat persembahan dan persembahan boleh diperkemaskan dari perlbagai aspek. Begitu juga Arjuna. Biasanya latihan Arjuna diadakan pada waktu malam bertempat di studio muzik IPG Kampus Sultan Mizan. Posting kali ini adalah video mengenai latihan Kudirat Sri Arjuna.





Read more >>

English Theater Night

>> Sunday, May 30, 2010

Budaya itu tidak mati dan mematikan. Malah budaya boleh diasimilasi dalam perbagai cara dan bentuk. Apa yang penting matlamat budaya itu tercapai. Apa yang patut disampaikan boleh disampaikan.

Begitu juga dalam dikir barat. Tidak kira dialek apa yang digunakan sebagai medium penyampaian walaupun asalnya adalah loghat Kelantan tetapi bagi ARJUNA, asal matlamat dan objektif budaya dapat disampaikan tidak mengapa. Walaupun penggunaan bahasa asing.. ARJUNA tetap menyampaikan erti kata budaya.

English Theater Night merupakan satu malam dimana pelajar PPISMP semester 3 Ambilan Julai 2007 dimana ketika ini mereka sudahpun menjejah kaki ke semester 5. Majlis ini diadakan pada 30 Julai 2007 sebagai satu assingment kepada semua guru pelatih yang mengambil matapelajaran English.

Arjuna membawa dua lagu sebagai persembahan penutup iaitu lagu OH CAROL dan PERHAPS... Bahasa bukan halangan untuk budaya dikembangkan kerana sifat budaya itu sendiri yang memerlukan digenaralisasi agar tetap segar....


Justify FullAntara gambar ketika berada di atas pentas...






Read more >>

Persembahan di SK Lubuk Kawah

>> Wednesday, May 26, 2010

Arjuna bukan sahaja bergerak di dalam kampus tetapi juga di luar kampus. Bagi arjuna sesiapa yang meminati dikir barat... arjuna akan tontonkan.. Posting kali ini mengenai sedikit gambar dan video ketika arjuna membuat persembahan di SK Lubuk Kawah sempena Malam Kebudayaan Perkhemahan unit beruniform.

Arjuna telah membawa dua buah lagu iaitu lagu jasa cikgu dan cikgu-cikgu. Lagu jasa cikgu telah di bawa oleh Saudara Fauzan dan lagu cikgu-cikgu telah dibawa oleh Pok Pik.... Terima kasih diucapkan kepada pihak SK lubuk Kawah yang mejemput arjuna...

Dua gambar dibawah ini sesi latihan saat akhir..




Read more >>

Delagasi Dari Indonesia

>> Saturday, May 22, 2010

Pertama kali Arjuna membuat persembahan untuk orang luar. Persembahan ini adalah untuk tetamu dari negara semberang, Indonesia. Lawatan balas yang dibuat oleh Universitas Medan Indonesia kerana kunjungan yang pernah dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Sultan Mizan.


Antara lagu yang dibawa ialah lagu rasmi arjuan iaitu Salam Pembukaan. Disusulu dengan lagu Karut meyambut kedatangan pelawat dan lagu Oh Carol. Satu memori yang cukup indah buat arjuna..

Sambutlah salam tanda keikhlasan,
Titik bermulanya satu pertemuan,
Dalam pergaulan, dalam kehidupan,
Kuatkanlah iman, kuatkanlah iman menempuh dugaan,




Lagu Salam Pembukaan by Arjuna.....
Read more >>

Malam Kebudayaan & Keusahawanan 2010

>> Tuesday, May 18, 2010

Alhamdulillah pada 15hb Mei 2010 Kudirat Sri Arjuna di beri penghormatan untuk mengadakan persembahan penutup sempena Malam Kebudayaan & Keusahawanan di Dewan Bendahara IPG Kampus Sultan Mizan.

Kudirat Sri Arjuna mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di atas jemputan tersebut.



Read more >>

Salam Pembuka

Salam pembukaan dan salam budaya buat anda semua. Blog Kudirat Sri Arjna ini adalah sebuah blog yang beecirikan sebuah galeri yang mengumpulkan segala video serta photo yang di ambil ketika Kumpulan Dikir Barat Sri Arjuna membuat persembahan.

Blog ini sebagai satu kenangan yang di harapkan berkekalan sehingga akhirnya..

Salam budaya....
Read more >>
Related Posts with Thumbnails
TERIMA KASIH MENGUNJUNGI BLOG KUDIRAT SRI ARJUNA. BUDAYA DIKELEK AGAMA KAMI JUNJUNG...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP