SELAMAT DATANG KE BLOG KUDIRAT SRI ARJUNA

Chaters BoX


ShoutMix chat widget

SEJARAH ARJUNA

Perjalanan Kudirat Sri Arjuna bermula pada 1 Mac 2006 apabila Persatuan Kesenian dan Kebudayaan diminta untuk menganjurkan satu malam kebudayaan bagi memenuhi tuntutan Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO). Pada ketika itu kami semua berada dalam semester 2 pengajian persediaan. Guru pelatih PTV A dan B telah berpakat membuat persembahan Zapin, BM A telah membuat persembahan Joget, BMB membuat persembahan tarian campuran dan Matematik membuat persembahan dikir barat. Itulah langkah pertama seni dikir barat apabila persembahan tersebut berjaya membina sebuah laluan kepada penubuhan kumpulan dikir barat.

Pada mulanya kumpulan dikir barat ini hanya dianggotai oleh guru pelatih matematik dengan Saudara Fauzan sebagai teraju utama dan tulang belakang kepada pergerakan kumpulan. Namun kumpulan ini lebih bergerk lebih terarah dan tersusun apabila diminta untuk mmembuat persembahan semasa Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Felda Neram, Kemaman, Terengganu. Atas usaha Yang Di-Pertua JPP pada ketika itu dan Saudara Aleff Ab Ghani, kumpulan dikir barat tersebut dapat menggunakan pakaian dikir hasil kerjasama dengan SLZ Production.

Alhamdulillah selepas OPKIM kumpulan ini bergerak lebih sistematik dengan membina kertas kerja untuk mendapat kelulusan dari Pengarah IPSMB sebagi sebuah kumpulan kebudayaan dikir barat. Kumpulan ini menggunakan nama Kudirat Sri Arjuna dan menjadi perintis kepada tertubuhnya persatuan guru pelatih yang lain. Bermula dengan itu Kudirat Sri Arjuna mula bergerak berdikari dengan menggubah lagu sendiri dan mempunyai peralatan muzik sendiri. Lagu yang pertama digubah ialah lagu Salam Pembukaan yang menjadi lagu tema Kudirat Sri Arjuna.


Terima kasih kepada semua yang menyokong kelahiran KUDIRAT SRI ARJUNA
Related Posts with Thumbnails
TERIMA KASIH MENGUNJUNGI BLOG KUDIRAT SRI ARJUNA. BUDAYA DIKELEK AGAMA KAMI JUNJUNG...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP